Whooila!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Whooila!

Whooila! adalah tempat ngobrol santai
 
IndeksIndeks  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  
Belum terdaftar di Forum Whooila! [Daftar Sekarang!!] // Mau Liat yang aneh-aneh?? Klik Disini!!

Bagikan
Share | 
 

 7 Fakta Jaman Purba Jauh Lebih Canggih Dari Apa Yang Anda Kira - [Whooila!]

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
cHakeL
[V.I.P Member]
cHakeL

Jumlah posting : 401
Points : 18374
Reputation : 0
Join date : 18.02.10

7 Fakta Jaman Purba Jauh Lebih Canggih Dari Apa Yang Anda Kira Vide
PostSubyek: 7 Fakta Jaman Purba Jauh Lebih Canggih Dari Apa Yang Anda Kira   7 Fakta Jaman Purba Jauh Lebih Canggih Dari Apa Yang Anda Kira EmptyWed Apr 07, 2010 12:43 pm

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan
ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia
mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.
Malah,
saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba
menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah
begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih
futuristik daripada zaman sekarang!
Kenyataan itu memang sukar
dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains
dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer
berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.
Akan tetapi,
artefak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan
sebaliknya - masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat
serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.
Bagaimanapun, atas
sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba
canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali
menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan
teknologi.

Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali
meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah
perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam
yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai
kemajuan teknologi ketika ini:

Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq
Pada
1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja
mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek
aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder
tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah
liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter
lapan sm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu
ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan
berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu
secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan
pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.
Penemuan
itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud
5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’
Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi
elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.
Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.

Kalkulator kuno.
Pada
1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak
berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak
menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan
didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan
bintang dan planet.

Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.
Kajian
reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang
radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah
digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah
reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.
Penemuan itu menimbulkan
persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai
teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber
tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta optik
Di
lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui
kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.
Kanta
purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian
kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta
dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16.
Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah
lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya
dalam kehidupan.

Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak
lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan.
Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan
hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu
memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun
lalu.

Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922
SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi
robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang
dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan
kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot,
sendi, kulit dan rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman
berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk
industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Kenderaan
Ukiran
purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir
menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran
itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar berkenaan
yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat.
Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di
Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat
terbang moden ditemui.
Kembali Ke Atas Go down
 

7 Fakta Jaman Purba Jauh Lebih Canggih Dari Apa Yang Anda Kira

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Whooila! :: Bla Bla Bla :: Warung Kopi-


Create a forum on Forumotion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions